PENGENALAN KOMPUTER
:: Komputer merupakan sebuah peranti elektronik yang memproses dan memanipulasikan data bagi mengeluarkan maklumat.
:: Merupakan mesin yang bergantung kepada program yang digunakan oleh komputer.
:: Komputer boleh melakukan 4 operasi asas iaitu:
(1) Input (masuk)
::Komputer menerima data melalui peranti input seperti papan kekunci,tetikus dan lain-lain.
(2)Pemprosesan
::Komputer melaksanakaan operasi terhadap data.
(3)Output (Keluaran)
::Komputer menjana keluaran pada peranti output seperti pencetak,monitor dan pembesar suara.
(4)Storan
::komputer menyimpan data,program dan hasil pemprosesan untuk kegunaan masa depan.
CIRI-CIRI KOMPUTER
* Cepat
* Boleh dipercayai
* Produktiviti
* Membuat keputusan
* Mengurangkan kos
* Keupayaan storan
SEJARAH KOMPUTER
GENERASI KOMPUTER:
(1)Generasi Pertama (1951-1958)
> Menggunakan tiub hampagas iaitu tiub elektronik bersaiz lampu mentol yang digunakan sebagai elemen logik.
>Menimbulkan masalah kerana ia menghasilkan haba dan cepat terbakar.
> Bahasa mesin digunakan (0 dan 1) dan sukar dipelajari.
> Data disimpan dalam kad tebuk.
(2) Generasi Kedua (1959-1964)
:: Menggunakan transistor bagi menggantikan tiub hampagas.
:: Transistor adalah singkatan transfer resistor.
:: Ia boleh menghantar signal elektrik melalui resistor.
:: Ia lebih cepat,kecil dan boleh dipercayai.
:: Menggunakan bahasa simbolik iaitu bahasa penghimpun.
:: Pengatucara perlu menggunakan kod kursus dipanggil kod menemonic.
:: Arahan dalam bentuk symbol seperti:
(A) untuk Addition
(C) untuk Compare
(M) untuk Multiply
(3) Generasi Ketiga (1965-1970)
* Menggunakan litar elektrik bercirikan litar bersepadu.
* Terdiri daripada berjuta-juta cip silikon yang sangat kecil.
* Cip ini lebih murah dan multiprocessing diperkenalkan.
* Konsep multiprogramming bermaksud lebih daripada satu atucara boleh dilarikan serentak dengan berkongsi sumber yang sama.
(4) Generasi Keempat (1971)
> Lanjutan daripada generasi sebelumnya dan menggunakan mikropemproses sebagai kompanen logik.
> Mikropemproses banyak digunakan pada PC,kalkulator,mesin fotostat,televisyen,kenderaan dan lain-lain.
> Pengaturcara hanya perlu memberitahu apa tugas yang perlu dilakukan.
(5)Generasi Kelima
*Masih dalam peringkat penyelidikan di Jepun.
* Penyelidikan banyak dibuat dalam bidang kecerdasan buatan,sistem pakar dan bahasa tabii.
ASAS KOMPUTER
Asas Sistem Komputer terdiri daripada:
- Perkakasan ( Hardware )
a) Peranti Input
b) Peranti Output
c) Peranti Storan
- Unit Pemprosesan -CPU
- Perisian ( Software )
- Pengguna
KOMPONEN UTAMA PERKAKASAN KOMPUTER
INPUT
:: Peranti yang membolehkan pengguna memasukkan data ke dalam komputer.
:: Ia berperanan sebagai penyalur bagi membolehkan pengguna memberi arahan dan maklumat kepada sistem komputer.
:: Maklumat yang dimasukan ke dalam komputer untuk diproses akan melalui peranti input boleh berbentuk teks, data, grafik, imej dan bunyi.
:: Di antara contoh-contoh peranti input ialah:
(a) tetikus / mouse
(b) papan kunci / keyboard
(c) kad tebuk
(d) menyentuh skrin monitor / touch screen
(e) kayu ria / joystick
Cth:
PERANTI INPUT-(TETIKUS)
* Sesuatu peranti penuding yang disambungkan pada komputer berupa seakan-akan seekor tikus yang mempunyai ekor yang panjang.
* Tetikus ini sering digunakan dengan animasi, grafik dan program desktop publishing.
* Dengan menggunakan tetikus, kita dapat meletakkan penunding di mana-mana kawasan pada skrin.
* Terdapat 3 jenis tetikus:
a)Tetikus 1 butang
b)Tetikus 2 butang
c)Tetikus 3 butang
PERANTI INPUT- (KEYBOARD)
- Peranti yang berbentuk mesin taip diguna untuk memasuk data atau teks ke dalam kenyataan untuk diproses.
- Terdapat tiga jenis papan kekunci:84 kekunci
a)101 kekunci
b)102 kekunci
PERANTI INPUT –(SKRIN SENTUH)
- Skrin sentuh adalah sejenis monitor yang sensitif kepada sentuhan. Teknik ini membolehkan pengguna menggunakan sentuhan jari pada ikon di skrin untuk mengaktifkan sesuatu arahan.
OUTPUT
:: Peranti Output ialah dimana data dapat dikeluarkan atau dibaca daripada komputer. Contohnya:
(a)Monitor
(b)Pencetak
(c)Pembesar suara
:: Maklumat-maklumat yang dibaca melalui peranti input akan diproses oleh CPU dan dihantar kepada peranti output.
:: Maklumat yang dihasilkan boleh berbentuk:
(a)Teks
(b)Data
(c)Grafik/ imej
(d)Bunyi/ suara
CTH:
PERANTI OUTPUT-(MONITOR)
* Monitor juga dikenali dengan berbagai nama seperti VDU (Video/Visual Display Unit), Console, CRT ( Cathode Ray Tube ) atau skrin.
* Fungsi monitor adalah untuk memaparkan maklumat. Apa yang ditaipkan pada papan kekunci akan dipaparkan pada skrin monitor.
* Tanpa monitor kita tidak dapat mengetahui apa yang kita taip. Komunikasi di antara kita dengan komputer akan terhalang.
PERANTI OUTPUT-(PENCETAK)
> Pencetak adalah suatu peranti yang digunakan untuk menghasilkan maklumat di kertas.
> 3 jenis pencetak:
a) Pencetak Matriks Bintik (Dot Matrix Printer)
b) Pencetak Pancutan Dakwat (Ink jet Printer)
c) Pencetak Laser (Laser Printer)
> Pencetak laser paling mahal harganya berbanding pencetak matriks bintik.