Wednesday 1 January 2014

PENGENALAN KEPADA ASAS KOMPUTER



PENGENALAN KOMPUTER

::   Komputer merupakan sebuah peranti elektronik yang memproses  dan memanipulasikan data bagi mengeluarkan maklumat.
::    Merupakan mesin yang bergantung kepada program yang digunakan oleh komputer.
::    Komputer boleh melakukan 4 operasi asas iaitu:

  (1) Input (masuk)
::Komputer menerima data melalui peranti input seperti papan kekunci,tetikus dan lain-lain.

(2)Pemprosesan
::Komputer melaksanakaan operasi terhadap data.
         
           (3)Output (Keluaran)
::Komputer menjana keluaran pada peranti output seperti pencetak,monitor dan pembesar suara.
 (4)Storan
::komputer menyimpan data,program dan hasil pemprosesan untuk kegunaan masa depan.

CIRI-CIRI KOMPUTER
* Cepat
* Boleh dipercayai
* Produktiviti
* Membuat keputusan
* Mengurangkan kos
* Keupayaan storan

SEJARAH KOMPUTER

GENERASI KOMPUTER:
        (1)Generasi Pertama (1951-1958)

> Menggunakan tiub hampagas iaitu tiub elektronik bersaiz lampu mentol yang digunakan sebagai elemen logik.
>Menimbulkan masalah kerana ia menghasilkan haba dan cepat terbakar.
> Bahasa mesin digunakan (0 dan 1) dan sukar dipelajari.
> Data disimpan dalam kad tebuk.
> Kemudian pita magnetik diperkenalkan.
                                  
(2) Generasi Kedua (1959-1964)
:: Menggunakan transistor bagi menggantikan tiub hampagas.
:: Transistor adalah singkatan transfer resistor.
:: Ia boleh menghantar signal elektrik melalui resistor.
:: Ia lebih cepat,kecil dan boleh dipercayai.
:: Menggunakan bahasa simbolik iaitu bahasa penghimpun. 
:: Pengatucara perlu menggunakan kod kursus dipanggil kod menemonic.
:: Arahan dalam bentuk symbol seperti:      
     (A) untuk Addition              
     (C) untuk Compare
     (M) untuk Multiply

(3) Generasi Ketiga (1965-1970)

* Menggunakan litar elektrik bercirikan litar bersepadu.
* Terdiri daripada berjuta-juta cip silikon yang sangat kecil.
* Cip ini lebih murah dan multiprocessing diperkenalkan.
* Konsep multiprogramming bermaksud lebih daripada satu atucara boleh dilarikan serentak dengan berkongsi sumber yang sama.
* Multiprocessing bermaksud lebih daripada satu proses boleh dilakukan serentak.

                                                                                                                                                                                                                                                                           

   (4) Generasi Keempat (1971)

>  Lanjutan daripada generasi sebelumnya dan menggunakan mikropemproses sebagai kompanen logik.
>   Mikropemproses banyak digunakan pada PC,kalkulator,mesin fotostat,televisyen,kenderaan dan lain-lain.
>   Pengaturcara hanya perlu memberitahu apa tugas yang perlu dilakukan.
>   Bersaiz 100 kali kecil daripada komputer generasi pertama.

(5)Generasi Kelima

*Masih dalam peringkat penyelidikan di Jepun.
* Penyelidikan banyak dibuat dalam bidang kecerdasan buatan,sistem pakar dan bahasa tabii.
*Saiz perkakasan menjadi lebih kecil sementara ingatan dalaman terus meningkat  dengan pesatnya.

ASAS KOMPUTER

Asas Sistem Komputer terdiri daripada:
-      Perkakasan ( Hardware )
     a) Peranti Input
     b) Peranti Output
     c) Peranti Storan
-      Unit Pemprosesan -CPU
-      Perisian ( Software )
-      Pengguna
 




KOMPONEN UTAMA PERKAKASAN KOMPUTER




INPUT

::  Peranti yang membolehkan pengguna memasukkan data ke dalam komputer.
::  Ia berperanan sebagai penyalur bagi membolehkan pengguna memberi arahan dan maklumat kepada sistem komputer.
::  Maklumat yang dimasukan ke dalam komputer untuk diproses akan melalui peranti input boleh berbentuk teks, data, grafik, imej dan bunyi.
::  Di antara contoh-contoh peranti input ialah:
          (a) tetikus / mouse
          (b) papan kunci / keyboard
          (c) kad tebuk
          (d) menyentuh skrin monitor / touch screen
          (e) kayu ria / joystick

Cth:

PERANTI INPUT-(TETIKUS)

*  Sesuatu peranti penuding yang disambungkan pada komputer berupa seakan-akan seekor tikus yang mempunyai ekor yang panjang.
*  Tetikus ini sering digunakan dengan animasi, grafik dan program desktop publishing.
*  Dengan menggunakan tetikus, kita dapat meletakkan penunding di mana-mana kawasan pada skrin.
*  Terdapat 3 jenis tetikus:
          a)Tetikus 1 butang
          b)Tetikus 2 butang
          c)Tetikus 3 butang 
 

PERANTI INPUT- (KEYBOARD)

-  Peranti yang berbentuk mesin taip diguna untuk memasuk data atau teks ke dalam kenyataan untuk diproses.
-  Terdapat tiga jenis papan kekunci:84 kekunci
          a)101 kekunci
          b)102 kekunci
 

PERANTI INPUT –(SKRIN SENTUH)

-  Skrin sentuh adalah sejenis monitor yang sensitif kepada sentuhan. Teknik ini membolehkan pengguna menggunakan sentuhan jari pada ikon di skrin untuk mengaktifkan sesuatu arahan.

 


OUTPUT

 ::  Peranti Output ialah dimana data dapat dikeluarkan atau dibaca daripada komputer. Contohnya:
          (a)Monitor
          (b)Pencetak
          (c)Pembesar suara
::  Maklumat-maklumat yang dibaca melalui peranti input  akan diproses oleh CPU dan dihantar kepada peranti output.
::  Maklumat yang dihasilkan boleh berbentuk:
          (a)Teks
          (b)Data
          (c)Grafik/ imej
          (d)Bunyi/ suara

CTH:
PERANTI OUTPUT-(MONITOR)
*  Monitor juga dikenali dengan berbagai nama seperti VDU (Video/Visual Display Unit), Console, CRT ( Cathode Ray Tube ) atau skrin.
*  Fungsi monitor adalah untuk memaparkan maklumat. Apa yang ditaipkan pada papan kekunci akan dipaparkan pada skrin monitor.
*  Tanpa monitor kita tidak dapat mengetahui apa yang kita taip. Komunikasi di antara kita dengan komputer akan terhalang.



PERANTI OUTPUT-(PENCETAK)

Pencetak adalah suatu peranti yang digunakan untuk menghasilkan maklumat di kertas.
>  3 jenis pencetak:
          a) Pencetak Matriks Bintik (Dot Matrix Printer)
          b) Pencetak Pancutan Dakwat (Ink jet Printer)
          c) Pencetak Laser (Laser Printer)
>  Pencetak laser paling mahal harganya berbanding pencetak matriks bintik.